[TERKINI] Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera di Gaza tanpa veto AS

2024-03-25 49

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas selain pembebasan serta-merta tanpa syarat semua tebusan selepas Amerika Syarikat berkecuali daripada pengundian.

Baki 14 ahli majlis mengundi resolusi itu, yang dicadangkan oleh 10 anggota badan yang dipilih.